Tuesday, May 26, 2009

Punca mat rempit Melayu Boleh 'mengganas'

Punca mat rempit Melayu Boleh 'mengganas'

Kes muda mudi melibatkan diri dalam perlumbaan motosikal secara haram tanpa menghiraukan undang-undang lalu lintas serta mengganggu pengguna jalan raya perlu dilihat dalam perspektif psikologi remaja Melayu Boleh masa kini.

Penulis telah melakukan kajian terhadap kumpulan ini dua tahun yang lalu. Penulis menemu bual 300 orang remaja terbabit serta menghadiri perhimpunan bulanan kumpulan tersebut di sebuah kawasan peranginan di utara tanah air. Perhimpunan tersebut dihadiri oleh 1,000 orang ahli yang mewakili beberapa kumpulan penunggang motosikal Melayu Boleh .

Penulis berpeluang menemu bual ketua kumpulan tersebut di mana beliau merupakan ketua kumpulan penunggang motosikal di zon utara.

Mengikut maklumat daripada ketua kumpulan tersebut tidak kesemua penunggang motosikal melibatkan diri dalam kegiatan ganas. Kumpulan penunggang motosikal yang ganas seperti disiarkan oleh media massa ialah terdiri daripada remaja yang tidak mempunyai persatuan dan kumpulan.

Mereka melakukan sesuatu mengikuti gerak hati tanpa menghiraukan keselamatan diri dan sebagainya. Tujuan beliau dan rakan-rakannya menubuhkan persatuan yang bernama SHELL adalah untuk menarik kumpulan remaja yang menunggang motosikal yang ganas masuk ke dalam kumpulan mereka. Apabila remaja-remaja tersebut menjadi ahli kumpulan SHELL mereka terpaksa akur kepada peraturan dan disiplin persatuan.Melayu Boleh

Deruman enjin motosikal yang menyakiti telinga merupakan satu cara untuk mereka melepaskan perasaan kekecewaan resah dan gelisah. Reaksi remaja dalam perhimpunan tersebut dapat dilihat apabila mendengar enjin deruman motosikal.

Deruman enjin itu bagaikan membangkitkan semangat mereka untuk menyahut bunyi enjin tersebut. Apabila ditanya kenapa suasana begini berlaku mereka menjawab bahwa ini adalah salah satu cara untuk melepaskan perasaan kekecewaan, keresahan dan kegelisahan.Melayu Boleh

Mengikut pemimpin pergerakan SHELL, mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan tidak menjawat jawatan tinggi. Kebanyakan ahli terdiri daripada kumpulan penganggur dan tidak mempunyai pekerjaan. Melalui pergerakan tersebut mereka boleh bantu membantu ahli-ahli mendapat pekerjaan dan mengatasi kesulitan kewangan dan permasalahan jiwa.

Mereka mahu bekerjasama sesama bangsa Melayu tanpa mengira parti politik. Mereka terlalu kecewa dengan sikap ahli-ahli politik Melayu Boleh yang memecah belahkan masyarakat Melayu. Melalui persatuan ini mereka dapat mengembalikan semangat dan jiwa Melayu seperti yang dilakukan oleh orang Melayu pada masa dahulu.

Tolong menolong dan bantu membantu tanpa mengira bayaran dan upahan. Mereka mempunyai minat dan jiwa yang sama, oleh itu mereka dapat merasai apa yang dihadapi oleh rakan-rakan dan ahli mereka.

Penulis juga menemu bual kumpulan pelumba motosikal haram yang ganas dan tidak terikat dengan pergerakan. Kumpulan ini melibatkan diri dalam kegiatan jenayah seperti mencuri dan sebagainya. Mereka gemar dikejar oleh polis kerana merasai begitu seronok dan megah.Melayu Boleh

Mereka melakukan hubungan seks secara haram, minum pelbagai jenis arak dan mengambil pelbagai jenis dadah. Menunjukkan adegan menunggang motosikal secara berbahaya juga amat menyeronokkan dan merasai diri mereka berada di litar perlumbaan yang ditonton oleh beribu orang penonton. Mereka melakukan aksi bahaya di jalan raya untuk keseronokan.

Ada rakan-rakan mereka ditangkap oleh polis. Hukuman penjara tidak memberi sebarang kesan kepada jiwa mereka. Keseronokan dan melepaskan perasaan gelisah dan kecewa dengan melakukan kegiatan lumba haram dan maksiat adalah perkara biasa bagi mereka.Melayu Boleh

Apabila diteliti kertas kaji selidik yang disebarkan kepada remaja-remaja itu, sama ada terlibat dalam pergerakan SHELL atau kumpulan ganas lain, kajian ini jelas menunjukkan bahawa mereka terdiri daripada golongan miskin di mana ibu bapa mereka tidak mempunyai pendidikan yang sempurna.

Mereka mempunyai adik beradik yang ramai di mana ibu bapa tidak mampu untuk menumpukan perhatian kepada kesemua anak-anak kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada pencarian nafkah hidup.Melayu Boleh

Sistem pendidikan rendah dan menengah yang dilaksanakan oleh kerajaan juga menjadi bahan kritikan kepada golongan ini kerana sistem persekolahan lebih menumpukan perhatian kepada peperiksaan yang mana memberi lebih keutamaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik. Sedangkan pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kebolehan dalam akademik diketepikan.

Suasana begini menyebabkan mereka menjadi bosan dan mahu mencari jalan untuk meluahkan kekecewaan dengan menyertai perlumbaan motosikal haram bersama rakan-rakan.Melayu Boleh

Ketika bersama dengan rakan-rakan yang mempunyai perasaan dan permasalahan yang sama, ia boleh menyebabkan mereka menjadi gembira dan seronok.

Pengalaman bersama kumpulan pelumba motosikal secara haram memberi banyak pengajaran kepada penulis bahawa perpecahan bangsa Melayu akibat perbezaan parti politik memberi kesan buruk kepada remaja yang dilahirkan dalam era perpecahan Melayu ini.

Perkara ini amat ketara di kawasan luar bandar apabila pemimpin parti-parti politik Melayu lebih menumpukan perhatian kepada kegiatan untuk mendapat ahli dalam parti politik dengan pelbagai cara tanpa melihat kesan positif dan negatif terhadap masyarakat dan remaja.

Suasana pergolakan parti-parti politik Melayu menyebabkan kurangnya kegiatan yang boleh membangkitkan semangat perpaduan dan pengisian jiwa yang boleh memantapkan akidah, syariah dan akhlak umat Islam. Syarahan dan ceramah-ceramah lebih menumpukan perhatian kepada pujian yang keterlaluan sehingga lupa bahawa pujian itu indah didengar tetapi pahit dilihat dan dirasai.

Ceramah-ceramah agama juga terlalu tertumpu kepada isu-isu parti politik sehingga terlupa bahawa dalam era globalisasi remaja terlalu dahagakan pengisian ilmu agama yang boleh membentuk jiwa dan pemikiran yang mantap bagi membentuk jati diri orang beriman.

Terlalu banyak kegiatan hiburan yang melalaikan secara terbuka di waktu malam sehingga ibu bapa sukar untuk mengawal pergerakan anak-anak mereka. Suasana begini tidak mungkin bagi ibu bapa dapat mengawal pergerakan anak-anak terutama bagi golongan yang miskin kerana keletihan mencari nafkah hidup dan kurang keselesaan tempat tinggal untuk menghalang anak-anak remaja daripada berkeliaran di waktu malam.

Kebanyakan daripada remaja yang terlibat dalam kegiatan lumba haram mengatakan ibu bapa mereka tidak mengetahui kegiatan mereka kerana mereka menipu berjumpa rakan dan seumpamanya.

Berdasarkan kepada kenyataan daripada pelumba motosikal haram maka para pemimpin politik Melayu perlu merenung kesilapan mereka dalam arena politik. Perbezaan parti politik di kalangan bangsa Melayu tidak sepatutnya memberi implikasi yang buruk kepada struktur kemasyarakatan umat Islam.

Kementerian Belia dan Sukan perlu menumpukan perhatian kepada belia-belia di kawasan luar bandar dan di kawasan-kawasan golongan miskin di bandar dengan mempergiatkan pelbagai aktiviti belia melalui badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengelak sikap diskriminasi terhadap remaja.

Sering berlaku dalam masyarakat Melayu, jika program kerajaan dianjurkan melalui wakil-wakil rakyat dan jawatan kuasa kampung, remaja yang bukan daripada anak-anak ahli parti politik tersebut sering terpinggir.

Oleh itu ahli-ahli NGO patut menumpukan lebih perhatian kepada kebajikan secara menyeluruh kerana mereka tidak terikat kepada sebarang parti politik. Oleh itu program kerajaan dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat tanpa mengira parti politik.

Litar lumba motosikal perlu ditubuhkan di kawasan luar bandar supaya deruman enjin motosikal yang menghantui pemikiran peminat motosikal tidak membangkitkan kegelisahan dalam jiwa mereka sehingga tidak sedar diri ketika menunjukkan aksi di jalan raya.

Bakat kebolehan dan keberanian mereka perlu diasah secara profesional di tempat yang lebih selamat dan tidak mengganggu lalu lintas awam. Psikologi remaja perlu dikaji supaya remaja merasai diri mereka dihargai dan dikasihi secara adil.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah perlu menumpukan perhatian dengan menggerakkan semua remaja menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi berkelompok dan memajukan tanah terbiar dengan kegiatan pertanian yang boleh memberi sumber rezeki kepada mereka yang menganggur.

Aktiviti ekonomi secara berkelompok bukan sahaja boleh meringankan beban remaja dan masyarakat luar bandar malah ia juga boleh memupukkan semangat kerjasama dan persaudaraan sesama rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Ini juga merupakan satu aktiviti yang boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa mengawal pergerakan liar dan ganas di kalangan remaja supaya remaja dalam negara ini menumpukan perhatian kepada perkara yang boleh memberi kebaikan kepada diri mereka dan negara.

Kegiatan amar makruf dan nahi munkar (menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran) perlu ditanam dalam jiwa umat Islam supaya mereka merasai setiap remaja yang menghuni bumi Malaysia ini adalah tanggungjawab mereka.

Oleh itu usah menghina dan mengherdik remaja Melayu Boleh yang gelisah dan resah. Bantulah mereka dan pandulah mereka ke jalan yang benar. Sikap menghina dan mengherdik mereka diibaratkan seperti 'meludah ke langit akhirnya jatuh ke hidung sendiri' kerana mereka adalah anak-anak remaja sebangsa dan seagama.

Dr. Saodah Abd. Rahman ialah Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sunday, May 24, 2009

Melayu Boleh UMNO tetap berjuang demi kepentingan rakyat

Melayu Boleh UMNO tetap berjuang demi kepentingan rakyat

SYUKUR UMNO dipanjangkan umur hingga ke hari ini. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pucuk pimpinan UMNO seperti lazim menghadiri acara tahunan - majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-63 semalam Melayu Boleh

Barangkali ada kalangan ahli UMNO sendiri sudah lupa bahawa 11 Mei telah diisytiharkan Hari UMNO.

Kemelut politik yang melanda negara dan melibatkan parti UMNO cukup mencabar dalam mempertahankan kewujudannya melalui sokongan rakyat Melayu Boleh .

UMNO yang disebut-sebut sebagai parti keramat kini diancam hilang pengaruh dan kuasa. Apatah lagi UMNO kini dibelenggu pelbagai persepsi negatif.

Sejauh mana UMNO mengambil iktibar yang betul daripada mesej yang disampaikan oleh orang Melayu?

Bagaimana formula pembaharuan dan perubahan yang dianjurkan oleh Presiden parti itu? UMNO perlu perubahan drastik dan holistik Melayu Boleh .

Kita percaya UMNO mampu menempuh cabaran dan halangan pada masa kini dan tahun-tahun mendatang.

Sesungguhnya UMNO perlu mencari 'aura' sebagai parti perjuangan yang semakin hilang dalam diri sesetengah ahlinya.

Parti ini mempunyai ramai pemimpin yang berwibawa dan sudah tentu mereka mempunyai formula untuk kembali bangkit.Melayu Boleh

UMNO tidak boleh menjauh dan dijauhi rakyat. UMNO perlu kembali sebagai parti perjuangan yang agresif memperjuangkan isu-isu rakyat dan bukannya tebal dengan karakter sebagai parti pemerintah yang terlalu streotaip dengan peranan sebagai jurucakap kerajaan.

Najib dalam beberapa ucapannya tentang UMNO telah bersikap realistik dalam melakarkan hala tuju dan transformasi perjuangan parti dengan mengakui kelemahan-kelemahan UMNO.

Beliau juga dapat menghidu kelemahan di semua peringkat yang kerap kali menjadi asas kepada penilaian rakyat terhadap UMNO selama ini.

Sebab itu, UMNO tidak boleh sentiasa menagih sokongan rakyat dengan mengungkit jasa-jasa parti dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia.

Sebaliknya, UMNO perlu sentiasa ke depan dalam menampilkan agenda-agenda baru supaya ia sentiasa segar, relevan dan seiring dengan tuntutan zaman.

Bagi menjayakan agenda transformasi perjuangan ini, sudah tentu UMNO perlu sentiasa bersama dengan rakyat.

Sesungguhnya agenda perjuangan UMNO tidak berubah, tidak seperti parti-parti politik Melayu lain. Kebanyakan parti politik lain tidak berpendirian kukuh dan mengikut resmi lalang di mana pendiriannya mengikut rentak manusia dan politik semasa.

UMNO sudah menjangkau usia 63 tahun. Maka di bawah saf kepimpinan Najib, ia diharap menjadi titik permulaan kepada usaha mewujudkan satu parti yang proaktif, menitikberatkan aspirasi ahli-ahli di peringkat akar umbi dan paling diutamakan rakyat yang menjadi penentu hidup atau mati politik UMNO.Melayu Boleh

Secara amnya, UMNO belum pudar atau hilang pengaruhnya di kalangan rakyat. Sebab itu UMNO perlu sentiasa relevan dan dilihat sedemikian. Majoriti rakyat masih mengharapkan UMNO yang memimpin Barisan Nasional terus memainkan tanggungjawab dalam memperjuangkan masa depan rakyat Malaysia Melayu Boleh .